Tuesday, May 13, 2008

Salam Perkenalan


Nama : Mohd Ridwan Bin Razali Alamat:Lot 1516, BLKG.TNB, JLN. Machang,Kg.Kelubi, 16800 Pasir Puteh,Kelantan Darul Naim.
Tarikh Lahir : 24 Disember 1985
Tempat Lahir : Kg.Kelubi, Pasir Puteh, Kelantan
Warganegara :
Malaysia Bangsa : Melayu Agama : Islam Tahap Pendidikan : Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Jawatan : Timbalan Yang di Pertua Persatuan Mahasiswa, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (Sesi 08/09)

Salam Perkenalan kepada sahabat-sahabat....

Saya sebagaimana maklumat di atas berharap dengan komunikasi sebegini dapat mempertingkatkan perkongsian harta yang begitu berharga dewasa kini. Harta yang saya maksudkan di sini ialah perkongsian intelek dan ilmu pengetahuan.

Saya teringat satu pesanan daripada seorang ahli akademik yang tidak asing lagi di negeri Kelantan dan Malaysia iaitu Dr. Johari Bin Mat (Ketua Eksekutif Kolej Islam Antrabangsa Sultan Ismail Petra-KIAS). Beliau berpesan, "Sesungguhnya dengan membaca buku sudah cukup untuk membentuk keintelektualan dalam diri seseorang manusia. Akan tetapi, apabila berlaku proses perbincangan, perkongsian dan penyebaran ilmu akan lebih memantapkan ilmu dan keintelektualan dalam diri kita, selain ia dapat membentuk diri kita supaya berani menegakkan kebenaran".

Justeru, saya berharap dengan kemudahan yang ada ini akan dapat mematangkan pemikiran kita sebagai seorang pendidik, pendidik kepada diri kita sendiri dan pendidik kepada orang lain.

Sekian, terima kasih.